Any idea on what I am blogging about? :) Ok, let me just being straightforward.
Whenever I read blogs, sometimes, it comes with a background music.
Firstly, when I 'm listening to Quran or nasyids on youtube and at the same time, read people's blog that automatically plays the background song, I get irritated. Err.
Why? Because, it doesn't has the on/off or play/pause button! =.=
Unfortunately, I ended up, mute the volume and this means, I can't listen to the Quran, zikir or nasyids (my own playlists / youtube ) at the same time. Grrr.
Pleasee, I have no objections if you want to insert your background music on your blog but please insert a music player which has the play or pause button. User friendly ya! :D
One music player which I often noticed is 'Gratisan Music'. I'm not sure if it is right because I myself don't include music player in my blog. So I can't find the stop button and unwillingly "abandone" my playlists. How annoying sad..
Sometimes, when the blogs I stumble upon, have a user friendly music player, I happily press the 'stop' button and read their posts calmly. hehe
Nevertheless, if it has nice, soothings melody to offer such as Quran, zikir or nasyids , I would loveeee to hear over and over again and would never hesitate to leave my playlists alone. heh
On the other hand, some are rock music or other songs which are none of my taste/preferences but I love to read their posts but due to the incompatible match between me and the songs posted, I ignore the blog.
So bloggers, dont take it to heart, just make your music player to a user friendly and there you go, we will take a nice 'stroll' at your blog with a happy face.. ;)
Semalam, selepas menonton 30 minit bersama Ustaz Don, tengok sekejap rancangan selepasnya, tak berapa sure tajuk dia, Isu Akidah? Ok, topik dia memang menarik, tentang buang anak dan buang ibu bapa.
Bagi saya, isu buang ibu bapa lebih menyayat hati daripada isu buang anak. Bukan bermakna saya tiada belas kasihan pada bayi yang dibuang itu, tetapi kerana kisah disebalik pembuangan itu yang saya nak tekankan.
Baik, biasa kita baca di akhbar, tv, internet, ungkapan-ungkapan seperti, " bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang tanpa belas kasihan di tong-tong sampah, di semak samun, ..." Pada saya, "ibu bapa" yang membuang bayi itu bukannya tidak tahu bayi itu tidak berdosa, bukannya tidak tahu bayi itu suci, tetapi, sebab apa dia tetap buang bayi itu walaupun dia tahu bayi itu suci dan tidak berdosa??
Sebab anak yang dia lahir itu.. ialah anak zina! *Penjelasan* saya bukan memandang hina pada bayi hasil zina apabila saya tulis sebegitu di atas, *No! of course not!* malah saya lagii berasa kasihan pada bayi itu kerana memikirkan apabila dia besar nanti, apabila dia tahu bahawa dia anak hasil luar nikah, tidakkah dia akan berasa saaaangat sedih dan kecewa?? Ya, memang ada yang berjaya menjadi soleh walaupun dia tahu asal usulnya sebegitu, tetapi kita bercakap mengenai umum. Saya bukan mengatakan bahawa semua anak zina itu tidak soleh kerana soleh atau tidak, bukan diwarisi dari ibu bapanya. Jika didikan dari penjaganya baik mengikut Islam, dia juga akan menjadi soleh.
Tetapi, apa yang saya ingin sampaikan ialah, mungkin bayi- bayi hasil zina ini, mereka lebih gembira dibuang kerana mereka tidak mahu status anak zina itu pada diri mereka. mereka sudah tentu masuk syurga kerana meninggal ketika masih bayi dan kesakitan yang mereka alami ketika dibuang itu pun, sekejap sahaja. Cumanya, kita yang terjumpa mereka di celah- celah semak, terkejut ,sedih dan geram.
Bagi saya, kita tidak perlu kasihan pada bayi itu kerana mereka terus masuk syurga tetapi perlu kasihan kepada penzina-penzina itu kerana melakukan perbuatan yang keji!
Mungkin, kita melihat bayi yang dibuang, dibunuh sebagai suatu yang sangat kejam dan menyedihkan. Tetapi, saat perit yang dilalui bayi itu sekejap sahaja, Selepas itu, dia gembira kerana terus masuk syurga kerana bersih dari secalit dosa pada dirinya.
*tentu pening kan dengan banyaknya perkataan zina . tapi, perbuatan zina semakin berleluasa kan!*
Seperti saya katakan di atas, mungkin bayi itu tidak berasa sedih kenapa "ibu" nya membuangnya, kerana, jika betul "ibu" itu sayang pada bayi tu, si ibu itu tidak akan melakukan perbuatan keji tersebut!
Kan Allah sudah beritahu di dalam Al-quran, jangan hampiri zina bukan jangan berzina.
Maksud hampiri zina ialah keluar berdua-duaan. Jika sudah banyak kali berdua-duaan, tidak mustahil syaitan akan memainkan peranan supaya berzina kan??
Jadi kesimpulannya di sini ialah, ikutlah perintah Allah sebetulnya, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Nasihat buat diri saya juga. Memang scary bila baca tentang banyaknya remaja yang berzina, dan seterusnya, membuang bayi. Allah...
Tambahan pula, remaja- remaja yang berzina, diberikan perlindungan khas di rumah kebajikan untuk melahirkan bayi dan sebagainya. Ya, memang sesi muhasabah juga diberikan kepada mereka tetapi, dengan adanya rumah perlindungan ini, ia seolah-olah memberitahu remaja itu, "oh, tidak mengapa, jika sudah berzina, boleh datang sini, kita boleh tolong awak" 0.0
Jika banyak rumah-rumah perlindungan dibina untuk melindungi remaja remaja tersebut, bukankah remaja-remaja di luar sana yang mungkin "teringin" untuk berzina, tidak akan berasa gerun? Kerana mereka tahu ada pelindungnya. Jadi? Solusinya ialah, muda mudi perlu dididik dengan ajaran Islam yang teguh. Ibu bapa perlu katakan pada anak remaja mereka bahawa boyfriend/girlfriend itu haram dan terangkan sebabnya. Tetapi, maaf cakap, ada ibu bapa yang kononnya sporting, membiarkan anak mereka keluar berdua-duaan dengan alasan, dunia sudah modern! Allah, yang sebenarnya, Islam lah yang modern dan dating sebelum nikah itu sebenarnya outdated dan ketinggalan zaman!
Ada pula yang kata, " Kami, walaupun keluar dating, kami kuat iman. Kami boleh jaga diri supaya tidak berzina. Tak kaaann lah kami nak berzina."
Dalam Quran, Allah tidak cakap, sesiapa yang kuat iman, boleh jaga diri, pergilah dating. Tetapi, siapa yang rasa-rasa tidak kuat iman, tidak boleh keluar dating.
Allah cakap, jangan hampiri zina. fullstop. Jadi, kita wajib ikut perintah Allah suka atau tidak.
Awak pandai jaga diri ke, kuat iman ke, tetap tidak boleh keluar berdua-duaan. Bagaimana nak dapatkan redha Allah jika pada permulaannya sudah dapat murka Allah?
Pesanan pada diri saya supaya sentiasa memperbaiki diri dengan menjadi hamba Allah yang solehah, anak yang solehah, kakak yang solehah dan insan yang solehah kepada makhluk-makhluk Allah di bumi Allah ini.
*****************************************************
Oh ya, kadang-kadang jika di akhbar atau tv, biasa dikatakan 'seks bebas' dari 'zina'. Mengapa tidak katakan sahaja zina? Ia lebih keras dan membuatkan orang gerun mendengarnya. Apabila dikatakan zina, anak-anak muda akan lebih ingat akan azab Allah yang keras.
Teringat ketika menonton rancangan Madrasah Akidah oleh Ustaz Syed Norhisyam di tv Al-Hijrah, apa yang beliau katakan? Beliau katakan, sekarang ni, banyak perkataan sudah di "lembutkan" .
Seperti contoh, Zina disebut seks bebas
Arak disebut minuman keras
Babi disebut khinzir.
Beliau kata lagi, seolah-olah babi sudah masuk Islam pula apabila sebut khinzir.
Jadi, cakap sajalah zina, arak dan babi. Ini menunjukkan kita jijik dengan perkara tersebut.
Akhir kalam, remaja-remaja di luar sana, buat saya juga, ikutlah Islam dengan sebenarnya. Patuhlah tanpa berdolak-dalih kerana Allah yang ciptakan kita, Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita. :)
LOVEEEEEE This song sooooooo much! I know you will lovee it too! Sing it to your mama, ibu, ummi ! hehe
I LOVEEEEEE MY MAMA AND BABAAAAA <3 :)))))))
Sungguh. Saya memang kagum dengan para-para huffaz. Hafiz dan hafizah. Insan -insan yang menghafal 30 juzuk Al--Quran. :) Allah Allah, lagi-lagi yang khatam menghafaz Quran pada usia yang begitu muda, seperti umur 9, 10 atau 11 tahun. Teringat pada adik Muhammad Bin Ahmad Zahid, 17 tahun, yang berjaya menghafaz Al-Quran pada usianya 10 tahun. Haa, semua mesti kenalkan pada adik hafiz ni. Seronok apabila membaca bagaimana adik Muhammad ni mendapat didikan yang begitu konsisten dari ibu ayahnya. Salah satunya, adik Muhammad sudah dibiasakan mengikut datuknya solat subuh di masjid seawal 3 atau 4 tahun kalau tak silap saya. Ada dalam majalah Anis.
Allah Huakbar, betapa keluarganya menitikberatkan tarbiyatul awlad, kerana apa? Kerana mudah-mudahan dengan membiasakan si anak yang masih kecil dengan masjid, apabila besar nanti, menjadi anak yang soleh dan solehah. Ameen, :)
Alhamdulillah, seronok rasanya bila join kelas tahfiz. Selain dapat menghafal secara konsisten, suasana kelas yang riuh dengan hafalan masing-masing, membuatkan kita semua berasa seronok untuk menghafal dengan bersungguh-sungguh. Mengingatkan saya akan adik Sakinah yang sudah khatam hafalan Quran, apabila ditanya macam mana dia bahagikan masa sampai boleh hafal semua 30 juzuk AlQuran? Katanya, apabila ada masa-masa terluang, bacalah, . *Aduh* Bila muhasabah pada diri, bila agaknya boleh istiqamah dalam menghafal Quran di waktu terluang.
"Dalam mrt (train) pun boleh hafal juga." kata seorang sahabar lagi, Zahidah.
Subhanallah, seronok dengar tips-tips daripada dua hafizah ni. Mudah-mudahan, saya dapat istiqamah. Ameen.
Apabila berbual dengan mama tentang hafal Quran, mama mengatakan, nak dibandingkan hafal Quran dengan belajar subjek akademik ni, mungkin belajar subjek akademik lebih senang dan hafal Quran lebih susah. :)
Saya tanya kenapa ye mama, kerana, bila nak hafal Quran, kena ingat makhraj (tajwid) dia, fasohah dia, dan kena betul-betul kerana jika salah sebutan huruf, lari makna asalnya, berdosa. Tapi, subjek akademik seperti Sains, Maths English dan lain-lain, senang sebenarnya. Kita cuma perlu baca, baca dan buat latihan sampai faham. Tapi, Quran lagi senang. Subjek ni semua tiada tajwid. * kami ketawa bila mama cakap subjek ni tiada tajwid, wahh, gitu ye mama, *
Mama sambung lagi, jadi apalah sangat susahnya belajar subjek akademik ni jika nak dibandingkan dengan hafal 30 juzuk Al-Quran. Sila setuju, ;) Nak hafal satu Quran, kena ada ingatan yang betul-betul kuat kerana kita menghafal qalam Allah, dan apabila kita menghafal Quran, Allah akan tolong kita untuk subjek akademik. Ameen.
Kami terbayang bagaimana malaikat Jibril membacakan Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. Bagaimana tarannumnya, mestiii lunakkk sangatt! Allah..
Jadi, mari kita amalkan membaca Quran, suka dengan nasihat ini.
" Jika tidak dapat membaca satu juzuk, bacalah satu muka surat, kalau tidak mampu juga, bacalah satu ayat,
jika tidak mampu juga, lihatlah Al-Quran dan renunglah diri ini apa dosa kita hingga kita tidak mahu membacanya walau satu ayat.
Marilah, jangan tinggal Al-Quran walau sehari. Kelak, Al-Quran inilah yang akan menemani kita di alam kubur nanti, jika kita rajin membacanya, :)